Thursday, July 31, 2008

BERBUIH

Selepas PRU12, kalangan pengikut tulin dan tuli Bakar Taib siang malam berestu dan buat cerita pukul canang tabuh gendang konon bos mereka akan dilantik sekurang-kurangnya timbalan menteri.

Pak Busu macam tu juga, tetap dengan motor buruknya. Yang lain di Pejabat UMNO Bahagian pasang 1001 angan-angan. Datok Saad Din berkira-kira untuk tinggal di Putrajaya. Bagi aku dia di sana senang ke Brickfields.

Seimbasnya aku juga hampir percaya. Setelah kembali tenang maka terbayang kemampuan Bakar Taib sangat terhad. Seorang menteri perlu petah atau cakapnya jelas dalam pembentangan usul atau menjawab soalan. Karpal Singh mampu membuat anak tempatan di Parlimen kelak terberak dalam seluar. Dewan yang mulia sudah jadi tidak mulia lagi, speaker Amin Mulia pun boleh bergegas untuk ke-luar.

Sudahnya mereka kecundang. Mulut sekadar berbuih sedangkan restu tidak diangkat ke langit. Allah benci terhadap orang yang tidak ikhlas apa lagi jadi pengkhianat. Mereka sangat fanatik, poliTIKUS murahan yang tebal semangat kekampungan seakan Pulau Lang-kawi diwujudkan untuk mereka yang lahir di Pulau Langkawi. Mereka beranggapan sekeliannya dari keturunan Mahsuri yang tempias tuah dari tuahnya Mahsuri.

Mereka membohongi rakyat melalui lembaran akhbar dan muka tv dengan dakwaan berbaur fitnah: DATO’ MUKHRIZ DITOLAK OLEH ORANG LANGKAWI.

Rata-rata orang Langkawi terutama golongan peniaga dan terpelajar berpendapat: Anak muda Tun M (Mukhriz) lebih berilmu, luas pengalaman, banyak kenalan kerananya diyakini sesudah beliau menjadi ahli Parlimen mampu membawa perubahan dan pembangunan kesinambungan usaha bapanya yang umum tidak dapat nafi keberkesanannya.

Pemantauan dari ahli majlis tertinggi UMNO adalah perlu. Lembaga Tatatertib sepatutnya serius mencari akar memperhalusi dalamannya bagi mengenakan tindakan bersesuaian kepada yang terlibat khusus menjadi dalang disebalik episod fitnah ini.

MUSIM PEMILIHAN

Bagi parti UMNO telah pun sampai musim pemilihan. Untuk jadi calon UMNO Bahagian Langkawi Bakar Taib seperti sinonim dengan perkataan SEPENGGAL LAGI dan SEKALI LAGI, jika lain baginya adalah anak tempatan.

Perkataan ayat-ayat itu tidak lebih untuk sekadar menangguk simpati orang-orang Langkawi. Sebenarnya ia tidak mempunyai apa-apa pun kelebihan untuk dimanfaatkan.

TIGA wakil rakyat anak tempatan Langkawi (1 Parlimen, 2 DUN) menetap di tanah seberang semenanjung. Ironinya sekali-sekali sahaja menjengah Pulau Langkawi seperti keadaan pelawat. Itu pun belum tentu untuk bertemu atau berurusan dengan pengundi, men-yelesai sebarang masalah mereka. Kemungkinan juga datangnya kerana mengiringi bapak Arab atau saudagar mana-mana mengintai peluang kalau-kalau boleh tumpang sekaki.