Selepas PRU12, kalangan pengikut tulin dan tuli Bakar Taib siang malam berestu dan buat cerita pukul canang tabuh gendang konon bos mereka akan dilantik sekurang-kurangnya timbalan menteri.
Pak Busu macam tu juga, tetap dengan motor buruknya. Yang lain di Pejabat UMNO Bahagian pasang 1001 angan-angan. Datok Saad Din berkira-kira untuk tinggal di Putrajaya. Bagi aku dia di sana senang ke Brickfields.
Seimbasnya aku juga hampir percaya. Setelah kembali tenang maka terbayang kemampuan Bakar Taib sangat terhad. Seorang menteri perlu petah atau cakapnya jelas dalam pembentangan usul atau menjawab soalan. Karpal Singh mampu membuat anak tempatan di Parlimen kelak terberak dalam seluar. Dewan yang mulia sudah jadi tidak mulia lagi, speaker Amin Mulia pun boleh bergegas untuk ke-luar.
Sudahnya mereka kecundang. Mulut sekadar berbuih sedangkan restu tidak diangkat ke langit. Allah benci terhadap orang yang tidak ikhlas apa lagi jadi pengkhianat. Mereka sangat fanatik, poliTIKUS murahan yang tebal semangat kekampungan seakan Pulau Lang-kawi diwujudkan untuk mereka yang lahir di Pulau Langkawi. Mereka beranggapan sekeliannya dari keturunan Mahsuri yang tempias tuah dari tuahnya Mahsuri.
Mereka membohongi rakyat melalui lembaran akhbar dan muka tv dengan dakwaan berbaur fitnah: DATO’ MUKHRIZ DITOLAK OLEH ORANG LANGKAWI.
Rata-rata orang Langkawi terutama golongan peniaga dan terpelajar berpendapat: Anak muda Tun M (Mukhriz) lebih berilmu, luas pengalaman, banyak kenalan kerananya diyakini sesudah beliau menjadi ahli Parlimen mampu membawa perubahan dan pembangunan kesinambungan usaha bapanya yang umum tidak dapat nafi keberkesanannya.
Pemantauan dari ahli majlis tertinggi UMNO adalah perlu. Lembaga Tatatertib sepatutnya serius mencari akar memperhalusi dalamannya bagi mengenakan tindakan bersesuaian kepada yang terlibat khusus menjadi dalang disebalik episod fitnah ini.
Thursday, July 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment