Monday, August 25, 2008

TAK HORMAT PEMIMPIN

DATO’ SERI NAJIB marah-marah, katanya rakyat kini sudah biadap apabila tidak menghormati lagi pemimpin.

Ini diakui benar.

Tuhan menjadikan manusia tiada dapat melihat muka sendiri kerana itu tidak dapat melihat kelemahan diri sendiri. Pemimpin seakan menganggap diri mereka tiada cacat cela.

Pangkat, darjat dan bintang penuh didada bukan ukuran untuk dinilai rakyat. Seseorang yang mahu dirinya dihormati perlu menjaga agar rakyat tidak hilang kepercayaan terhadapnya.

Pemimpin yang mengguna kekuatan Allah (melalui SUMPAH) bagi membantu dirinya yang koyak rabak agar dipercayai dikira sangat terdesak.

Dato’ Seri Najib melafaz sumpah (tidak diperakui sumpah rasmi atau sumpah tidak rasmi) dihadapan jemaah Masjid Guar Perahu antara lain menyebut : Beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Monggolia Altantuya Shaaribu.

(Sumpah tidak bererti BENAR. Cukup sekadar untuk menyakinkan orangramai. Sumpah banyak cara sumpah, di kampung biasanya kanak-kanak bersumpah SUMPAH SUMPIT GARAM BELACAN……………………………………………….)


Konsul Kehormat Monggolia, Dato’ Syed Abd Rahman Al Habshi mengakui orang pertama pergi ke Monggolia dan membuka peti besi. Kemungkinan peti besi Altantuya.

Kenapa sebelum ini membisu, seeloknya jadi saksi perbicaraan dari makan gaji buta . Kelihatan di sini macam tidak bertanggungjawab dengan kera-jaan asing di mana di situ periuk nasi anda.

ARIF YANG TIDAK ARIF

DATO’ ARIF SHAH buat tafsiran dirinya sebagai calon nombor 3 dalam kertas pencalonan PR Permatang Pauh sebagai petanda baik.

Baginya nombor 3 atau SAN dalam bahasa mandarin bermakna BUKIT.

Aku teringat kira-kira 32 tahun dulu, seorang nelayan cina datang ikut rakan-rakannya. Mereka berpengkalan di kuala sebuah sungai untuk tempat berteduh dan makan. Suatu hari cina tua itu seperti dirasuk, memukul dan menendang siapa atau apa sahaja dihadapannya. Dalam keadaan sangat marah dia lalu mencapai sebilah parang, menerkam arah rakan-rakan sehingga habis bertem-piaran lari dan ada yang terjun ke sungai. Muka cina tua merah padam sambil bersuara dalam bahasa yang tidak dapat difahami. Lama juga baru dapat ditenteramkan.

Besoknya aku bertanya kepada A SAN seorang dari rakannya: Kenapa kawan kamu kelmarin, mabuk, gila atau apa-apa?

Jawab A SAN pendek: Dia pantang dipanggil SUA BEE yang bererti KUDA BUKIT. BUKIT saja pun sudah cukup untuk dia naik angin kemudian men-gamuk.


Parti GERAKAN guna lambang tiga segi yang boleh diterjemah sebagai BUKIT atau BULIT. Bukit atau bulit lebih tinggi berbonjol keadaannya. Orang lelaki kalangan rakyat, menteri dan raja mengemarinya dan ada yang mati kerananya.


Apa yang Arif Shah boleh buat di Permatang Pauh, kalau beliau sendiri mengakui bersedia menjadi KULI.

Bukan sekadar boleh cakap bahasa cina, sekali pun beliau masuk jadi cina, rakyat sudah faham benar dengan BN. Pemimpin kebanyakkan rasuah, polisi sering berubah menjadikan ahli goyah parti sentiasa bangun rebah.



Wednesday, August 20, 2008

MENCARI YANG TERBAIK

Kata Dato’ Seri Najib :

PR kecil Permatang Pauh bukan medan cari bakal Perdana Menteri.

Sebetulnya pun bakal PM sudah tersenarai, hanya sangat lama untuk peralihan kuasa.

TEMPOH MASA 2 TAHUN MACAM-MACAM BOLEH JADI. Tuhan dengan ke-mampuanNya diluar perancangan manusia.

Pilihanraya Permatang Pauh, rakyat harus lihat seperti diantara ANWAR dengan NAJIB sekaligus AZIZAH dengan ROSMAH.

Kita mencari yang terbaik antaranya.

Anwar dan Najib masing-masing dalam dilema bayangan pertuduhan kerana liwat dan kerana disyaki terlibat dengan pembunuhan wanita Monggolia.

Pihak berkenaan yang dikatakan amanah dengan tugas dan berprofesional…….

Kes liwat diperhalusi siasatan sehingga tahap MENUNGGANG MENUNGGING, MENIARAP, MELENTANG, GALI LUBANG, UKUR PANJANG.

Kes melibatkan kelompok orang nombor 2 negara cukup terungkap dengan kata-kata :

Saya tidak terlibat,

saya tidak bersalah.

Di sini KEADILAN DIPERKOSA ATAS NAMA KUASA.

Semalam,

Aku diantara sedar dan terlelap mengingati peristiwa kejatuhan Melaka. Ter-bayang watak-watak Raja Mendalir, Nina Sura Dewana, Kitol dan Ali Manu Nayan. Seorang dari mereka mirip wajah DATO’ ARIF SHAH.

Rakyat seeloknya toleh kebelakang, perpecahan Melayu dan kejatuhan Melaka golongan DKK ada sahamnya.

Itu sekadar sebuah mimpi atau sorotan sejarah, tidak ada kena mengena orang hidup atau pun mati.

KATA ARIF SHAH CALON BN

Tak perlu YB terkenal seluruh dunia, cukup yang orang mampu menyelesai masalah tempatan.

Kenyataan di atas seperti mengakui kekurangan dirinya atau sangat terhad keadaannya.

Aku berpendapat :

Dato’ terarah kepada tugas YB seperti peranan JKKK dan Ketua Kampung.

ORANG YANG TERKENAL SELURUH DUNIA tentu mencakupi sedia menye-lesai masalah tempatan, negara dan dunia. ANWAR MILIKI INI.

Najib datangnya dari golongan bangsawan. WAKIL RAKYAT SEHARUSNYA DATANG DARI KALANGAN RAKYAT.

SUMPAH

SUMPAH (Berita Harian 19 Ogos 2008)

Tan Sri Muhyiddin Yasin cabar Anwar sumpah laknat.

Kalau sumpah boleh digunapakai mengatasi undang-undang dalam mencari kebenaran, tidak saja Anwar bersabitan dakwaan liwat dijadikan sasaran.

Dato’ Seri Najib dan Datin Rosmah juga perlu tampil bersumpah sebagai penafian mereka terlibat dengan pembunuhan Altantuya.

Selepasnya ramai lagi pemimpin negara patut ikut bersumpah atas kes mem-babitkan penyalahgunaan kuasa, DUIT dan BULIT.

Rahim Tamby Chik antaranya.

Tan Sri mahu apa dari sumpah Anwar.

Jika beliau tidak sanggup bersumpah, ini tidak bermakna perkara per-tuduhan terhadapnya benar dan orangramai lalu berpaling dari men-yokongnya.

Sebaliknya jika Anwar bersumpah, sehubungan itu sekerat badannya bertukar jadi katak dan kepalanya seiras wajah Berahim Ali kerana dimakan sum-pah,

Tan Sri dan orang UMNO sekadar berjaya selain menambah artifak sejarah adalah menempah beban keaiban untuk ditanggung diri Anwar dan keluarganya. Selain dari itu Parlimen Permatang Pauh menjadi milik BN.

Tan Sri,

Lupakah dengan janji Tuhan, sesiapa yang mengaibkan orang didunia, dirinya mendapat pembalasan keaiban diakhirat.

Sesungguhnya jarak diantara dunia dengan alam akhirat terlalu dekat, selangkah juga maka sampai, malaikat maut berada dimana-mana.

Dihujung jalanan hayat, digaris penamat kehidupan eloknya Tan Sri bercakap dalam perkara disenangi ramai sepadan sebagai seorang pemimpin sebuah negara islam hadhari tidak akan mengguna senjata sekotor DUBUR untuk menang.

Bila Tun Dr M campur mulut mengenai sumpah, aku menilai beliau dengan umurnya lewat 80an sudah agak uzur. Dulu pun beliau pernah berkata Tunku dalam usia begitu sudah pun NYANYOK. Kasihan Tun M.

Tangan rakyat sahaja mampu mengangkat WIRA RAKYAT KE PARLIMEN.

SEORANG ANWAR,

BANDINGAN SERATUS SUARA AMIR SHAH.

MENYALAK

CERITA cadangan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya dibuka 10 peratus kepada pelajar bukan bumiputera mendapat bidasan dari segenap arah. Seperti biasa diambil kesempatan pula oleh media meng-eksploitasi kepada cubaan membakar jantung, hati, perut, ubun orang Melayu.

Apa pun itu lontaran kata dari seorang individu yang kebetulan kedudukannya sebagai MB, bukan datangnya dari keputusan mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat.

Khalid Ibrahim sekadar bersuara dengan satu cadangan, sebaliknya beliau bukan dipihak berkuasa yang mampu melaksananya seperti mana pernah diperlakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melaksana kemasukan bangsa asing 10 peratus kedalam MRSM dulu.

Dulu mungkin kerana Tun Dr M, oleh kerajaan pimpinannya sendiri iaitu BN, semua jadi kelu bisu, tiada demo dan perarakan dari para pelajar (kemungkinan tiada pihak menghasut).

Naib Cancelor UITM Prof. Dato’ Seri Ibrahim Abu Shah dalam komennya kelihatan terlalu emosi. Agak keterlaluan bila melabelkan orang lain dengan cadangan itu sebagai pengkhianat dan seperti kerbau tindik hidung.

Ayat sebagai ketua kena fikir, otak kena betul, beliau terlalu berbangga dengan kedudukannya sebagai Professor tanpa sedar dianya juga pecacai. Kenyataan orang lain bodoh biasa datangnya dari orang yang lebih BODOH. DATO’ SEPERTI LEBIH LAJAK DARI LAJU.

Aku sekadar mengagak Dato’ Seri Ibrahim Abu Shah meminta dirinya dilihat tentang kesetiaannya kepada kerajaan.

Kerbau itu binatang, binatang termasuk anjing biasa menyalak untuk perhatian tuannya kerana mengharapkan semangkuk dedak.

Gasaaaaaklah DATO’ SERI….

HIJRAH

Bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad antara lain berkata, “Jika dia (Anwar) jadi Perdana Menteri, saya nak keluar dari Negara ini. Bagilah semua pada dia.” (merajuk, marah atau takut)

Cacatan dari BUKU SEJARAH MELAYU

Bendahara Paduka Tuan ketika negeri Melaka diserang oleh Peringgi, beliau sudah terlalu tua, lumpuh lagi.

Sebaik laskar musuh mendarat, ramai pahlawan dan rakyat mati. Sultan Mahmud serta sekelian pembesar berundur mencari perlindungan.

Dalam pada kegawatan itu, Bendahara Paduka Tuan didatangi Si Lamat Gagah untuk tandunya meninggalkan kediaman lari ke Penarikan.

BENDAHARA PADUKA TUAN : (melontar sambil menanggis)

Ceh! Cabarnya segala anak muda ini. Apa daya aku telah tepok.

(berteriak kepada Si Lamat Gagah dan anak buahnya)

Jangan bawa aku lari tapi campakkan aku ditengah Peringgi itu, supaya aku mati bersama Melaka.

Seperti Tun, Bendahara Paduka Tuan juga, keturunan dari atas angin (kemung-kinan titisan zuriat Syahrul Bariyah puteri Raja Kida Hindu).

KEDAPATAN perbezaan antara keduanya sekalipun setara kedudukan dan ke-kuasaannya, Bendahara Paduka Tuan cekal, rela mati dihujung pedang dan senapang penjajah sebagai bukti taat setia yang tidak berbelahbahagi. Tun telah memperlihat sikap sebalik kerana hanya seorang bernama ANWAR.

Cakap Tun akan berhijrah mungkin sekadar gurauan atau satu sindiran terpancar dari hati kecilnya yang tiada percaya akan segala perencanaan Pakatan Rakyat boleh berlaku atau satu omongan.

Ingatlah Tuhan dengan pekerjaannya luarbiasa kemampuanNya sepadan ayat Jadilah MAKA JADILAH.

Friday, August 1, 2008

Sebuah puisi buat Mukhriz:

MENANTI JENGAH MENTARI

Malam itu ku tatap,
pada LANGIT TERBUKA dari jendela
bintang di angkasa berkerlipan cahaya
menjelang subuh bertukar gelap
basah lusuh hujungan atap
hujan dan guruh sendu meratap

AKU melihat jauh kedalam dari dalam
kesukaran mencari pejuang berkarisma indah
bertapak atas lantai sekukuh lidah
sebulat sumpah.

Tiada roh, berprinsip kabur
MUDAH LUNTUR, HANCUR BERKUBUR.
di tanah sisa sumpah
janji tertumpah kasih terbelah
putera pejuang, meniti gelombang
PASRAH MENANTI JENGAH MENTARI



Sepetang di Terumbu Selatan

PAKATAN POLITIK MMM JOO

RAKAN-RAKAN seangkatan dalam MMM JOO (maksudnya orang-orang yang dulunya berada dihadapan, belakang, kiri dan kanan Dato’ Mukhriz Mahathir).

DULUnya berikrar sanggup bersama bangun rebah.

Cepat benar masa beredar, tidak sampai pun 100 hari melangkah, ikatan disimpulkan tiba pecah jadi JAMUNG TERONGKAI, hancur BERKECAI.

Angin politik mutakhir UMNO Bahagian Langkawi agak terlalu laju, berbuai tidak menentu, menjadikan pengikutnya tergoyang, terkangkang dan silangpukang.

Penerajuan MMM JOO pada keseluruhannya mereka menolak Bakar Taib untuk terus menduduki kerusi Ketua UMNO Bahagian, mungkin atas faktor terlalu lama ditampok kekuasaan atau sepanjang tempoh tersebut dilihat mempamirkan kelemahan ketara.
Sementara itu mereka juga tidak dapat lagi menerima Nawawi Ahmad TImbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi sekarang kerana sikapnya yang sekadar mampu berjanji tetapi tidak sedia mengotainya.

KETUA dan TIMBALAN KETUA yang dimaksudkan pada keadaannya lebih cenderung pengumpulan harta, mengaut kekayaan ditengah penderitaan rakyat yang kian terdesak bahana kenaikan harga minyak dan barangan.

YAYASAN yang ditubuhkan guna tempat pergantungan orang-orang melayu Langkawi yang diterajui masing-masing.
BAKAR TAIB dengan Amanah Saham Anak Langkawi (ASAL), sasarannya tidak
kesampaian, ada tanda-tanda ketirisan.

Nawawi Ahmad dengan Yayasan Bumiputra Langkawi (YBL) terus manjadi
misteri. Jeti Sungai Kuah atas nama adiknya dikira proksi Pemuda belum ketahuan
penghujung.

TIDAK SEMENA

Bilamana tidak semena Bakar Taib secara rasmi melalui satu perhimpunan Ketua-Ketua Cawangan telah mengikuti cara Pak Lah dengan Plan Peralihan Kuasa mengistihar hanya akan melepaskan jawatan parti disandang pada Disember 2010. (Tidak ada dalam perlembagaan UMNO pun)
Pak Lah dalam cadangan peralihan kuasa menamakan Datuk Najib sebagai pengganti PM. Bakar Taib (aku ulang cakapnya sebelum ini)…. LEPAS ITU (makna selepas dia tidak lagi memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian) SAPA NAK PEGANG. PEGANG.
Sekali dengar macam marah atau mempamir dalaman dirinya sudah cukup puas. Parti UMNO yang banyak jasa dalam kehidupannya dibuatnya seperti barangan. Lebih tepatnya dianggap bagaikan kasut kayu, berguna dipakai, tidak berguna tempatnya boleh dimana-mana sahaja, sekalipun bawah tangga, tepi jelapang, dilari orang atau digonggong anjing liar.

GOYAH

Selepas MUKHRIZ berjaya dinyahkan dari cerita-ceritanya menjadi warga UMNO Bahagian Langkawi, keadaan akan menyaksikan pertembungan dua tokoh kontroversi itu dalam perebutan menduduki kerusi ketua UMNO Bahagian Langkawi.
Faktor ini membuat penerajuan Pakatan MMM JOO menghadapi dugaan getir, kebelakangan GOYAH. Mereka teraba dalam kecewa, lalu mahu atau tidak mahu terpaksa menelan salah satu darinya. Sekalipun pahit macam jadam.

Aku tidak keterlaluan melabel calon-calon bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian terkini itu dalam kategori SELUT.
Diakui dalam politik boleh berlaku serba mungkin. Musuh tidak selamanya menjadi musuh. Negeri yang berperang bermusuhan boleh berdamai.
Yang menghantui benakku, peri mudahnya orang-orang barisan perjuang seperti mereka boleh bertukar selera berubah arah dalam sekelip mata. Nisbah BELULANG, jika kering cekangnya berdenting gah, sebalik basah kendur meleret menyapu tanah. APA DAH JADI ?.


BUAT SEMENTARA

Tentunya buat sementara mereka dari Pakatan MMM JOO cuba melupai arah lakaran pernah diperencanakan, maknanya hajat membalas kebaikan Tun M melalui anaknya terbantut.

PADA HAKIKATNYA MEREKA SUDAH TEWAS. Semangat yang pada mulanya datang bergulung bagaikan api tiba padam terkelup kedasar bumi, sejuk gedi. Sehingga ada antaranya yang dulu bersumpah terpaksa menjilat ludah sendiri. Biasalah orang yang pernah BAKAR JAMBATAN pun boleh kembali me-lutut dalam keadaan muka tebal macam tembok.


MENCARI


Fikiran aku menerawang bagaimana menilai kreteria dua tokoh tersebut (Bakar Taib dan Nawawi Ahmad), maksudnya mencari lebih baik dari kalangan sama-sama tidak baik.
Dari terus membiar kepala otak padat tersumbat dengan persoalan tiada berjawaban. Aku bingkas menemui seseorang dari kalangan mantan penyokong kuat Mukhriz, beliau dimaksudkan lebih dikenali M PEN.

BUJANG : BAGAIMANA MENGGUNA LUMPUR MENCUCI LUMPUR.
Sobat, TIDAKKAH SIA-SIA LUMPUR MENGGANTIKAN LUMPUR.

M PEN : LUMPUR LAUT DAN LUMPUR SAWAH ADA BEZANYA.
Lumpur sawah kemerahan, berbaur taik dan kencing kerbau. Lumpur laut
kehitaman, sedikit masam kesan akar bakau yang terendam.
Kita pilih yang kurang beri mudarat. Pemilihan tahun akan datang kita bawa
lahar gunung berapi.

Aku terdiam mau juga menjawab :
Sekalipun ada cadangan balas.
Memikirkan ianya sudah terlewat atau siapalah aku sebagai orang luar barisan, keadaannya seperti MELUKUT DITEPIAN GANTANG.
Mereka mungkin seperti peristiwa seorang petani di sebuah kampong pen-dalaman mengguna tulang memukul ular. Haram boleh samak. GAAASAKKKK.

MUSIM PEMILIHAN II

BAGI parti UMNO telah pun sampai musim pemilihan. Untuk sertai setiap per-tandingan Dato’ Bakar Taib seperti sinonim dengan perkataan SEPENGGAL LAGI dan SEKALI LAGI. Jika lain baginya adalah anak tempatan.

Perkataan maupun ayat-ayat itu tidak lebih taktik atau pendekatan sekadar menanguk simpati orang-orang Langkawi yang masih tebal semangat kekampungan. Pada kenyataannya, segala itu tidak mempunyai apa pun kelebihan untuk dimanfaatkan mereka.

Sesungguhnya TIGA wakil rakyat Langkawi, berbekal baju anak tempatan itu (1 Parlimen dan 2 DUN) menetap ditanah semenanjung. Jarang-jarang menjengah Pulau Langkawi sepertimana keadaan pelawat / pelancong. Itu pun belum tentu untuk bertemu atau berurusan dengan pengundi. Kemungkinan juga datangnya disebabkan mengiringi bapak Arab atau mana-mana tokoh koporat guna men-gintai peluang, tumpang sekaki dari pelaburannya.