RAKAN-RAKAN seangkatan dalam MMM JOO (maksudnya orang-orang yang dulunya berada dihadapan, belakang, kiri dan kanan Dato’ Mukhriz Mahathir).
DULUnya berikrar sanggup bersama bangun rebah.
Cepat benar masa beredar, tidak sampai pun 100 hari melangkah, ikatan disimpulkan tiba pecah jadi JAMUNG TERONGKAI, hancur BERKECAI.
Angin politik mutakhir UMNO Bahagian Langkawi agak terlalu laju, berbuai tidak menentu, menjadikan pengikutnya tergoyang, terkangkang dan silangpukang.
Penerajuan MMM JOO pada keseluruhannya mereka menolak Bakar Taib untuk terus menduduki kerusi Ketua UMNO Bahagian, mungkin atas faktor terlalu lama ditampok kekuasaan atau sepanjang tempoh tersebut dilihat mempamirkan kelemahan ketara.
Sementara itu mereka juga tidak dapat lagi menerima Nawawi Ahmad TImbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi sekarang kerana sikapnya yang sekadar mampu berjanji tetapi tidak sedia mengotainya.
KETUA dan TIMBALAN KETUA yang dimaksudkan pada keadaannya lebih cenderung pengumpulan harta, mengaut kekayaan ditengah penderitaan rakyat yang kian terdesak bahana kenaikan harga minyak dan barangan.
YAYASAN yang ditubuhkan guna tempat pergantungan orang-orang melayu Langkawi yang diterajui masing-masing.
BAKAR TAIB dengan Amanah Saham Anak Langkawi (ASAL), sasarannya tidak
kesampaian, ada tanda-tanda ketirisan.
Nawawi Ahmad dengan Yayasan Bumiputra Langkawi (YBL) terus manjadi
misteri. Jeti Sungai Kuah atas nama adiknya dikira proksi Pemuda belum ketahuan
penghujung.
TIDAK SEMENA
Bilamana tidak semena Bakar Taib secara rasmi melalui satu perhimpunan Ketua-Ketua Cawangan telah mengikuti cara Pak Lah dengan Plan Peralihan Kuasa mengistihar hanya akan melepaskan jawatan parti disandang pada Disember 2010. (Tidak ada dalam perlembagaan UMNO pun)
Pak Lah dalam cadangan peralihan kuasa menamakan Datuk Najib sebagai pengganti PM. Bakar Taib (aku ulang cakapnya sebelum ini)…. LEPAS ITU (makna selepas dia tidak lagi memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian) SAPA NAK PEGANG. PEGANG.
Sekali dengar macam marah atau mempamir dalaman dirinya sudah cukup puas. Parti UMNO yang banyak jasa dalam kehidupannya dibuatnya seperti barangan. Lebih tepatnya dianggap bagaikan kasut kayu, berguna dipakai, tidak berguna tempatnya boleh dimana-mana sahaja, sekalipun bawah tangga, tepi jelapang, dilari orang atau digonggong anjing liar.
GOYAH
Selepas MUKHRIZ berjaya dinyahkan dari cerita-ceritanya menjadi warga UMNO Bahagian Langkawi, keadaan akan menyaksikan pertembungan dua tokoh kontroversi itu dalam perebutan menduduki kerusi ketua UMNO Bahagian Langkawi.
Faktor ini membuat penerajuan Pakatan MMM JOO menghadapi dugaan getir, kebelakangan GOYAH. Mereka teraba dalam kecewa, lalu mahu atau tidak mahu terpaksa menelan salah satu darinya. Sekalipun pahit macam jadam.
Aku tidak keterlaluan melabel calon-calon bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian terkini itu dalam kategori SELUT.
Diakui dalam politik boleh berlaku serba mungkin. Musuh tidak selamanya menjadi musuh. Negeri yang berperang bermusuhan boleh berdamai.
Yang menghantui benakku, peri mudahnya orang-orang barisan perjuang seperti mereka boleh bertukar selera berubah arah dalam sekelip mata. Nisbah BELULANG, jika kering cekangnya berdenting gah, sebalik basah kendur meleret menyapu tanah. APA DAH JADI ?.
BUAT SEMENTARA
Tentunya buat sementara mereka dari Pakatan MMM JOO cuba melupai arah lakaran pernah diperencanakan, maknanya hajat membalas kebaikan Tun M melalui anaknya terbantut.
PADA HAKIKATNYA MEREKA SUDAH TEWAS. Semangat yang pada mulanya datang bergulung bagaikan api tiba padam terkelup kedasar bumi, sejuk gedi. Sehingga ada antaranya yang dulu bersumpah terpaksa menjilat ludah sendiri. Biasalah orang yang pernah BAKAR JAMBATAN pun boleh kembali me-lutut dalam keadaan muka tebal macam tembok.
MENCARI
Fikiran aku menerawang bagaimana menilai kreteria dua tokoh tersebut (Bakar Taib dan Nawawi Ahmad), maksudnya mencari lebih baik dari kalangan sama-sama tidak baik.
Dari terus membiar kepala otak padat tersumbat dengan persoalan tiada berjawaban. Aku bingkas menemui seseorang dari kalangan mantan penyokong kuat Mukhriz, beliau dimaksudkan lebih dikenali M PEN.
BUJANG : BAGAIMANA MENGGUNA LUMPUR MENCUCI LUMPUR.
Sobat, TIDAKKAH SIA-SIA LUMPUR MENGGANTIKAN LUMPUR.
M PEN : LUMPUR LAUT DAN LUMPUR SAWAH ADA BEZANYA.
Lumpur sawah kemerahan, berbaur taik dan kencing kerbau. Lumpur laut
kehitaman, sedikit masam kesan akar bakau yang terendam.
Kita pilih yang kurang beri mudarat. Pemilihan tahun akan datang kita bawa
lahar gunung berapi.
Aku terdiam mau juga menjawab :
Sekalipun ada cadangan balas.
Memikirkan ianya sudah terlewat atau siapalah aku sebagai orang luar barisan, keadaannya seperti MELUKUT DITEPIAN GANTANG.
Mereka mungkin seperti peristiwa seorang petani di sebuah kampong pen-dalaman mengguna tulang memukul ular. Haram boleh samak. GAAASAKKKK.
Friday, August 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum,
Langkawi dok tang mana?
Sukj,
Insan yang mula-mula menggerakan 'Sembahyang Berjemaah' waktu Subuh, Zuhur dan Asar di Masjid Kelibang - 1980.
Saudara awang..
Kelakar melihat nukilan saudara ttg man Pen.
Tidakkan saudara tahu yg man pen adalah antara insan yg mengkhianati perjuangan UMNO.. PRU12 baru2 ini mengatakan segala2nya.. sehingga hampir ditahan Special Branch atas kerana ugutan kpd pimpinan..
kalau nak saya cerita lagi boleh.. nak saya ceritakan kepincangan2lah..
tapi ingatlah.. allah itu maha mengetahui segala & sesuatu..
Jgn dok buat fitnah & hasad kerana ini sifat2 penghuni neraka..
Post a Comment